SmartSufi Solution (PG0294675-V)
Assalamualaikum dan selamat datang ke laman web Smartsufi.com.
Jom! Klik RSS untuk berkongsi idea & pengalaman bersama kami.
Pilhan Anda : Agama
Buat peringatan untuk kita semua yang sentiasa ‘sibuk’ mencari alasan…
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah berdosa, malahan lebih hina dari khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik dalam hatinya (nazar).
“Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”
Nak dijadikan cerita, Allah kurniakannya zuriat. Isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila sudah mendapat anak, lelaki ni pun runsinglah.. . Dia sudah bernazar dan terpaksa minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena dam (denda) atau sedekah.. Tapi, pada zaman Nabi Musa, sesiapa yang bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yang mendapat anak tu, dengan susah hatinya pergi bertemu dengan Nabi-Allah Musa.
Dia menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tapi minumlah air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi…
Lihat… betapa hinanya orang yang tidak solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan ni, jangan tinggalkan solat. Kalau meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan orang yang memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu.
Jadi, kalau nak makan kat kedai tu, kenala pastikan tukang masak tu solat. Kalau makan makanan yang menggelapkan hati, tiadalah cahaya diwajahnya, tak berseri tanpa mekap & liat nak buat kerja-kerja yang baik. Jaga apa yang kita makan… betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj, sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpada Saidina Ali (untuk umat Islam) , “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum.” maknanya,”Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.” jadi, sama-samalah kita pelihara solat kita, dari segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan Kelak…
Wallahu’alam.
Anda juga mungkin meminati :
Assalaamu’alaikum, Saudara-saudariku. ..
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.
Tekan 1untuk ‘meminta’.
Tekan 2untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4untuk ‘permintaan lainnya’.”
Atau….
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:
“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2.Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!”
Atau mungkin juga Anda mendengar ini :
Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah menelefon lebih satu kali hari ini. Silakan cuba lagi esok.”
atau…
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda
hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.
Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya
secara peribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2: solat Subuh
4: solat Zuhur
4: solat Asar
3: solat Maghrib
4: solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483
2: solat Subuh
8: solat Dhuha
4: solat Zuhur
4: solat Asar
3:solat Maghrib
4: solat Isya
8: Solat Tahajjud atau lainnya
3: Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Quranul Karim & Hadis Rasul”
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
Nombor 24434dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya
Sabda Rasulullah S.A..W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”
7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari Tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. …. mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.
Wallahu’alam.


