Assalamualaikum dan selamat datang ke laman web Smartsufi.com.
Jom! Klik RSS untuk berkongsi idea & pengalaman bersama kami.

Pilhan Anda : Kesihatan

aqura

KELEBIHAN DAN KEHEBATAN SABUN AQURA

Mengandungi:

1. AKTIF KARBON - mengeluarkan ion-ion negatif sebagai vitamin udara yang membantu hemoglobin di dalam darah untuk menggerakkan zat-zat dan menukarkannya dalam bentuk tenaga. Ia juga mengeluarkan F.I.R (Sinaran Infra Merah Jauh) yang terbukti dapat membantu meningkatkan tumbesaran dan kesihatan sel-sel hidup. Ia mengeluarkan jutaan getaran ‘bio’ seminit yang bertindak sebaik sahaja bersentuhan dengan kulit dan fungsi ini membantu memperbaharui sel-sel kulit sambil melindungi kulit dari kesan penuaan. Cecair karbon diperbuat terutamanya daripada asid pyrogeneous yang asli. Asid ini mempunyai sejarah yang lama dan diketahui oleh kesan sterilisasinya. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai agen sterisasi, penghapusan bau dan juga dalam perubatan bagi masalah usus. Apabila ditambah ke dalam air, kesan antiseptik, kesan antibengkak dan antialergi akan mengecutkan saiz molekul air dan mempercepatkan penyerapan ke dalam kulit.

2. NANO SILVER – KESAN ANTIBAKTERIA - bertindak secara agresif meresap hingga ke dalam liang roma dan menghalang bakteria dari berfungsi dan seterusnya membunuh. KESAN NANO SILVER – membantu membersih kulit secara menyeluruh dengan lebih optima. Ia berkesan untuk menangani masalah jerawat dan resdung selain dapat meninggalkan kesan kesegaran pada kulit dengan lebih lama.

3. MINYAK KELAPA SAWIT – digunakan sebagai agen pembersih yang berbuih lebih berkrim. Kaya dengan GLYCERIN, asid lemak yang baik dan tinggi kandungan Vitamin E. Antara kelebihan Vitamin E :

  • - berfungsi sebagai antioksidan dan melindungi sel kulit.
  • - meningkatkan keanjalan kulit.
  • - membantu mengatasi masalah stress.
  • - membantu mengatasi masalah kulit kemerahan.
  • - membantu masalah kulit kering/menggelupas.- meningkatkan kesuburan kulit.
  • - mencegah risiko kanser kulit.
  • - sesuai untuk kulit sensitif.

4. TIADA PLUMBUM – sememangnya sabun AQURA tiada unsur plumbum. Bahan plumbum yang terdapat dalam bahan kosmetik boleh menjadikan kulit kasar dan menyebabkan muka kelihatan cepat tua selepas umur 30 tahun.

5. TIADA HYDROQUINONE – Sabun AQURA juga tiada bahan hydroquinone. Bahan hydroquinone digunakan untuk proses mencuci gambar. Ia diadun secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit menjadi hitam dan bertompok. Berpotensi mendapat kanser kulit.

6. TIADA MERKURI – Sabun AQURA tidak mengandungi bahan seperti merkuri. Merkuri yang berlebihan dalam kosmetik boleh mengakibatkan kelemahan organ penting tubuh seperti sistem saraf, buah pinggang dan mata. Ia juga mengakibatkan gangguan hormon dan sukar tidur.

7. MENJIMATKAN – Sabun AQURA mengandungi bahan sebagai pembersih, pelembab dan penyegar. Hanya dengan menggunakan sabun ini kita tidak perlu berbelanja lebih untuk kulit kembali licin dan gebu. Ia sungguh menjimatkan. Kenapa bayar lebih!



Anda juga mungkin meminati :

Bookmark and Share

kulit

Berapa kerap anda menukar produk pencuci muka? Adakah anda selalu memilih produk kecantikan yang salah berasaskan kepada jenis kulit muka?

Ramai golongan remaja selalu mengadu sukar untuk menentukan jenis kulit mereka. Ini kerana setiap kali mereka ke kaunter membeli-belah, ada sahaja jurujual yang memperkenalkan produk baru yang mampu memberi kesan mujarab.

Lebih-lebih lagi apabila komen seorang jurujual terhadap jenis kulit yang dimiliki berbeza dengan jurujual yang lain. Sebenarnya, kebanyakan daripada petugas produk kecantikan hanya menitikberatkan jualan barangan daripada meluangkan masa untuk menganalisis dan meneliti tekstur kulit.

Jenis kulit muka dikenalpasti dengan merujuk kepada jumlah sebum yang dihasilkan dari liang roma.

Kulit muka boleh dikelaskan kepada empat jenis iaitu, kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Justeru, perlu diingat bahawa jenis kulit kita boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon dan jenis produk kecantikan yang digunakan.

Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut.

Oleh itu, haruslah ingat bahawa jenis kulit anda pada masa sekarang tidak semestinya sama lima tahun lalu atau lima tahun yang akan datang. Anda perlu melakukan pemeriksaan kulit dari semasa ke semasa.

Kulit normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.

Jenis kulit muka dikenalpasti dengan merujuk kepada jumlah sebum yang dihasilkan dari liang roma.

Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.

Kulit kering

Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.

Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.

Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

Kulit berminyak

Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.

Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.

Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

Kulit kombinasi

Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.

Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.

Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.

Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

Wallahu’alam.



Anda juga mungkin meminati :

Bookmark and Share