.
Laman Web Al-Huda Smart.com

Al Huda Smart Enterprise merupakan salah satu badan penggerak/ agensi yang bernaung di bawah Pusat Bimbingan Islamiah Darul Huda ( PBIDh) melalui biro Kemasyarakatan, Tarbiah dan Dakwah, ia ditubuhkan sebagai kesinambungan penubuhan Pusat Bimbingan Islamiah Darul Huda yang amat menitik beratkan soal keruntuhan instusi ummah di saat ini kian meruncing dan membuntukan para pendidik yang begitu komitmen dalam mencari jalan penyelesaian untuk membaik pulih anak – anak mereka, Al Huda Smart Enterprise juga untuk membangunkan kembali keperibadian Islam di dalam diri anak – anak yang bakal mewarisi kedudukan generasi mendatang.
Memandangkan medan dakwah kini sudah kurang memberi kesan yang begitu terbaik bagi pemulihan masyarakat dari akar umbi yang menjadi penyebab kepada punca masaalah yang berlaku selama ini, sehingga seolah – olah tidak menemui ubat yang sebenar bagi penyakit kritikal yang dialami, betambah parah lagi virus yang kini sudah menular ke dalam masyarakat secara pra sedar membuatkan pesakit yang bukan sahaja dari golongan remaja yang terlibat tetapi di setiap peringkat lapisan masyarakat, bahkan yang amat menyedihkan dari golongan kanak – kanak dan orang tua, seakan –akan sudah lali dan selesa dengan virus yang menghinggapi rohani sehingga membentuk satu sikap ataupun tabiat yang diterjemahkan melalui tindakkan jasmani.
