smartSUFI

  • rss
  • Utama
  • Pengenalan
  • Profil Diri
  • Perkhidmatan
  • Web Design
  • Pertanyaan

Terma dan Syarat

 

 

Laman web dan perkhidmatan smartSUFI.com adalah tertakluk dibawah syarat dan terma yang telah ditetapkan seperti dibawah :

 

1.    Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenarkan mana - mana bahagian dalam halaman web ini atau perkhidmatan yang dibekalkan disalin, ditiru, diedar dan dicetak dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat persetujuan dan keizinan daripada pihak penulis iaitu Sharil Azrul bin Mohd Sohaimi.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah diterbitkan oleh smartSUFI.com. Perkhidmatan ini terlindung dengan Hak Cipta Terpelihara daripada pihak penulis dan penerbit dibawah Akta Hak Cipta 1987 dan mana-mana undang-undang Harta Intelek yang berkaitan di negara ini.

Sesetengah nama, informasi, logo, imej, rekacipta, tajuk, isikandungan pada halaman web dan perkhidmatan smartSUFI.com adalah dilindungi oleh Akta Hak Cipta 1987. Sebarang penggunaan tanpa mendapat keizinan daripada pihak saya, tindakan undang - undang akan diambil.

 

2.    Penafian

Segala penerangan yang dibekalkan di dalam perkhidmatan sama ada secara langsung atau tidak langsung tidak menjamin bahawa setiap pengguna akan berjaya mengikut langkah - langkah yang diberikan walaupun pihak penerbit telah memastikan segala usaha yang diberikan adalah yang terbaik.

Pihak saya juga tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kecederaan yang anda perolehi semasa menggunakan perkhidmatan dan perkhidmatan saya. Perkara ini termasuklah sama ada : penggunaan mana - mana laman web smartSUFI.com, serangan virus, kerosakan komputer, kecederaan pada diri, serangan penggodam, kegagalan sistem berfungsi mengikut kehendak anda.

Pihak saya tidak menjanjikan sebarang pendapatan yang akan diterima oleh pengguna. Semuanya adalah bergantung kepada usaha dan kerja keras pihak pengguna itu sendiri.

 

3.    Butiran Sulit, Keahlian, Pautan

Sebarang butiran sulit yang khas diberikan kepada pengguna yang mendaftar bersama mana-mana perkhidmatan keluaran smartSUFI.com adalah hak milik peribadi pengguna sendiri. Pengguna dilarang sama sekali untuk menyebarkan butiran sulit ini kepada pihak lain tanpa sebarang notis dan mendapat keizinan daripada pihak saya.

Maklumat keahlian seperti UserID, Password, Kod Diskaun adalah hak milik pengguna sahaja. Ia tidak boleh dikongsikan kepada pihak ketiga sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Sebarang pautan sama ada pautan (link) muat turut (download), pautan halaman rahsia, pautan halaman keahlian adalah dilarang disebarkan dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Kegagalan pengguna mematuhi privasi ini akan menyebabkan pengguna akan dikenakan pembatalan terhadap akaun miliknya.

 

4.    Etika Dan Tatacara

Pihak saya sama sekali tidak membenarkan mana-mana bahan informasi perkhidmatan dan kandungan web dipautkan atau dimasukkan ke dalam halaman web seperti : laman web lucah, laman web jenayah, laman web yang menyediakan bahan cetak rompak, laman web penggodam, laman web spam dan laman web isu politik.

Segala aktiviti promosi haruslah menggunakan informasi dan penerangan yang benar dan tepat tanpa sebarang unsur-unsur penipuan.

 

5.    Polisi Anti-SPAM

Saya mengamalkan polisi anti SPAM. SPAM yang saya maksudkan adalah aktiviti melakukan promosi seperti menghantar email kepada pengguna tanpa kebenaran,  melakukan pengiklanan di web pihak lain seperti forum tanpa etika dan menghormati pihak laman web, melakukan perkara - perkara yang mengganggu privasi pihak lain yang mana hal ini boleh menjatuhkan reputasi pihak saya. Jika didapati pengguna melakukan perkara ini, tindakan tegas dan undang - undang akan diambil.

 

6.    Pembatalan Akaun / Keahlian

Pihak saya berhak membatalkan mana-mana akses dan penggunaan perkhidmatan jika terdapat pengguna yang menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan, kandungan informasi dan perkhidmatan yang dibekalkan.

Pihak saya juga akan mengambil tindakan menyekat mana-mana pengguna yang jika didapati bersalah menyalahgunakan perkhidmatan, kandungan informasi dan perkhidmatan yang dibekalkan sekiranya mendapat aduan daripada pihak lain.

Pihak saya juga berhak untuk meminda dan mengubah mana-mana isikandungan halaman web, perkhidmatan dan informasi yang dibekalkan tanpa sebarang notis awal.

 

7.    Jaminan Pulangan Wang

Pihak saya menyediakan jaminan pulangan wang selama 30 hari dari tempoh anda mendapatkan perkhidmatan yang saya bekalkan.

Setiap permohonan pemulangan wang haruslah disertakan bukti-bukti sah yang diperlukan seperti bukti anda mencuba perkhidmatan dan arahan yang diberikan.

Tempoh pemulangan wang adalah 14 hari selepas permohonan anda disahkan lulus oleh pihak saya.

 

8.    Data

Pengguna disarankan untuk membuat salinan (backup) untuk kegunaan sendiri.

Sebarang kehilangan data disebabkan kecuaian pengguna adalah diluar kawalan saya dan saya tidak akan melayan sebarang alasan untuk mendapatkan data semula.

 

9.    Polisi Privasi

Pihak saya hanya mengambil data daripada pengguna yang telah menjadi pembeli atau pengguna yang memohon untuk mendapatkan tips-tips atau bahan-bahan keluaran saya menerusi sistem “mailing list” dan juga “autoresponder”.

Segala pembelian yang dilakukan adalah merupakan transaksi yang diyakini terjamin keselamatannya sama ada menggunakan perbankan ataupun kad kredit. Pembelian menerusi kad kredit adalah dijalankan menerusi “secure connection”.

Semua data yang saya terima adalah dipertahankan daripada diceroboh daripada pihak asing. Saya tidak akan sama sekali memberi, menjual atau mengedarkan data pengguna kepada pihak ketiga.

 

10.  Kiriman Email

Kiriman email yang dihantar oleh pihak saya kepada pengguna adalah dipohon oleh pengguna sendiri menerusi sistem mailing list dan autoresponder.

Pengguna boleh keluar daripada sistem mailing list dan autoresponder pada bila-bila masa sahaja menerusi link “unsubcribe” yang sentiasa disertakan pada setiap email yang terkirim.

 

11.  Hubungi Saya

Pihak saya boleh dihubungi menerusi ruangan bantuan secara online menerusi smartsufi07@yahoo.com

Dengan itu, sebagai pengguna perkhidmatan atau agen pemasaran smartSUFI.com, anda tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan diatas.

Kegagalan untuk menepati salah satu syarat diatas boleh menyebabkan anda kehilangan hak sebagai pengguna ataupun agen saya.

 

 





IP

Utama | Pengenalan | Profil Diri | Perkhidmatan | Web Design | Terma dan Syarat | Pertanyaan

.: Copyright © 2006-2008. Hakcipta Terpelihara :.