Hubungi Kami

+6019-270 9571

smartsufi.com@gmail.com

Bukit Mertajam, MALAYSIA

Soalan-soalan Lazim | Frequently Asked Question (FAQ)

Pihak  syarikat, organisasi atau sekolah boleh hubungi terus melalui telefon atau emel untuk bincangkan tarikh, masa dan kos sesuatu Bengkel

Bergantung kepada jenis bengkel yang akan dilaksanakan mengikut keperluan organisasi. Bagi Bengkel berkaitan ICT, yuran boleh dibincang terlebih dahulu sesuai dengan kehendak organisasi

Bergantung kepada kesesuaian jenis bengkel yang diperlukan. Contoh Bengkel Adobe Photoshop, dicadangkan 2 hari adalah lebih baik. Kebiasaan bermula jam 8.30 pg – 4.30 ptg

Kos membina laman web bermula serendah RM499.00 bagi Minisite. Kos setiap konsep web adalah berbeza dan mengikut keperluan pelanggan. Contoh bagi web e-Commerce (e-Niaga) bermula RM1388.00 dan ke atas

Bagi Minisite hanya perlukan 3 hari sahaja bergantung maklumat yang dibekalkan oleh pihak pelanggan.

Tempoh biasa Web Korporat & e-Commerce adalah sekitar 7 hari – 21 hari atau mungkin lebih mengikut bahan dan maklumat sesuatu web tersebut

Kos sebenar laman web terbahagi kepada 4 perkara:

1. Domain – nama web ( .com, .com.my, .my, .org dll. )

2. Hosting – storan simpanan data web. Saiz bergantung kepada Pakej atau bajet pelanggan. Saiz kebiasaan seperti 5GB, 10GB, 15GB, 20GB, 30GB dan ke atas

3. Konsep Web – Minisite, Korporat, e-Commerce, Blog, Forum dll.

4. Rekabentuk – upah kepada Web Designer, Template Premium, Plugins, pengaturcaraan ringkas kepada sesuatu web secara one off payment (sekali bayar)

Nota: Yuran tahunan (renew) hanya bayar kos domain dan hosting sahaja setiap tahun supaya web terus berfungsi seperti biasa