Bengkel Adobe Photoshop Siri 1

RM190.00

MAKLUMAT KURSUS:

Tajuk: Adobe Photoshop
Tempoh: 2 hari
Masa: 8.30 am – 5.30 pm

Tahap 1: Asas
Yuran: RM190.00
Lokasi: Masjid A-Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas

 

PENGENALAN KURSUS:

Adobe Photoshop merupakan perisian editor grafik yang terkenal dan dianggap sebagai industri standard kepada pakar grafik. Photoshop digunakan secara komersil untuk memanipulasikan imej atau foto. Ketika populariti era digital fotografi sedang meningkat, permintaan untuk pembelajaran Photoshop juga semakin meningkat.

Pembelajaran praktikal secara langsung, memberikan para peserta kefahaman yang lebih baik, untuk mengikuti modul yang ditunjukkan secara satu persatu.

SIAPA YANG PERLU HADIR ?

  • Staf media & korporat
  • Pereka junior
  • Pelajar sekolah / kolej / universiti
  • Peniaga Online

 

SYARAT UNTUK HADIR:
Biasa dengan komputer & internet

 

PERINCIAN KURSUS:
Objektif / Sasaran Kursus:

Di akhir kursus / bengkel ini, Insya Allah peserta akan mampu untuk:

  1. Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas pengendalian Photoshop bagi proses editing imej/foto dan pengadunan grafik.
  2. Mengendalikan Photoshop bagi menghasilkan reka grafik.
  3. Memahami keperluan serta tatacara penghasilan reka grafik.
  4. Menghasilkan rekaan grafik seperti web banner, cover buku dan poster pada peringkat asas hingga pertengahan.

Topik / Tajuk Yang Akan Diajar:

  1. Pengenalan kepada Adobe Photoshop
  2. Tentukan Canvas Size: New File
  3. Fill Background: Solid, Gradient, Pattern, Imej
  4. Crop: Select & Mask
  5. Quick Selection Tool & Refine Edge
  6. Effect: Layer Style
  7. Smart Object & Smart Filter
  8. Layer Blending
  9. Custom Shape
  10. Shape Dari Path
  11. Path & Vector Mask
  12. Teks: Character & Paragraph
  13. Effect: Layer Style
  14. Fungsi dan teknik yang lain

 

Metodologi Pengajaran Kursus:

  • Pembelajaran Teori
  • Latihan Praktikal
  • Demonstrasi Teknik

Out of stock

SKU: PS1 Categories: ,